KES SAMAN FAZURA TERHADAP MINGGUAN WARTA PERDANA

Fazura akui Wow Factor, tidak buat lapOran polis

Oleh: RAMLEE AR

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib pelakon dan pengacara, Nur Fa­zura Sharifuddin, 26. Se­telah men­dakwa terlepas RM1 juta, dia gagal dalam tuntutan samannya RM500,000 terhadap akhbar Mingguan Warta Perdana.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ba­lia Yusof Wahi dalam keputusannya Se­lasa lepas berpen­dapat Fazura sebagai plaintif gagal membuktikan perkataan yang disiarkan dalam akhbar Mingguan War­ta Perdana di muka hadapan akhbar itu pada 29 Mei 2005 bertajuk Fazura Rela Dipenjara adalah fitnah.

Menurut Datuk Balia, selepas me­neliti dan mencari maksud rela dan reda, beliau mendapati kedua-dua per­kataan itu mempunyai maksud yang sama iaitu bersedia dan ikhlas hati ber­buat sesuatu.

Dalam pernyataan pertuntutannya, Fazura mendakwa artikel yang disiarkan oleh akh­bar Mingguan Warta Perdana telah men­jejaskan imej dan re­pu­tasinya me­nye­babkan kon­trak­nya de­ngan sya­rikat pro­duk kecantikan, Olay ber­nilai lebih RM­100,­000 dita­mat­kan secara lisan dan men­­dak­wa per­bin­ca­ngan de­ngan be­be­rapa sya­rikat lain tidak dapat diteruskan, bagaimanapun dia tidak dapat mem­buk­tikan dakwaannya itu.

Dalam tuntutannya, Fazura mendakwa artikel yang disiarkan pada 29 Mei 2005 menampakkan dia seolah-olah mengaku menyerang suri rumah, Gerardine Mariana Wong dan mengaku sanggup dipen­jarakan. Fazura dibebaskan dan dilepas­kan oleh Mahkamah Majistret daripada tuduhan tersebut.

Semasa perbicaraan berjalan, bebe­rapa kete­gangan berlaku apabila peguam plaintif, Fakhrul Azman Abu Hassan mem­bantah buku catitan yang dikemukakan oleh Defendan Kedua, Haslinda Hashim. Fakhrul men­dakwa do­ku­men itu tidak dinyatakan dalam ikatan pem­be­laan, justeru ia tidak wajar dikemu­kakan sebagai bahan bukti.

Dalam buku catitan itu, Haslinda mem­buat nota mengenai butir-butir percakapan yang dibuat pada 28 Mei 2005 dengan Fazura. Hakim Datuk Balia Yusof Wahi pada mulanya berkata beliau tidak membuat apa-apa keputusan sehingga mendengar soal balas dari peguam Shaari Nor yang mewakili Ming­guan Warta Perdana.

Terdahulu, Shaari mem­­beritahu ma­hka­mah, buku ca­titan meru­pakan catatan rasmi tugas ha­rian war­tawan.

Shaari: Siapa yang me­ngarahkan kamu me­nemu bual Fazura?

Haslinda: Ketua saya, Zurai­dah Abdul Halim (Pe­ngarang).

Hakim kemu­dian­nya menolak ban­tahan plaintif dan menerima diari tersebut sebagai bahan bukti. Menurut hakim, wa­lau­ pun tidak dilaporkan dalam afidavit, mahkamah mempunyai budi bicara untuk membuat apa-apa keputusan jika timbul isu baru ketika per­bicaraan.

Pada sesi petang, Pengarang Ming­guan Warta Perdana, Zuraidah Abdul Ha­lim mewakili Ming­guan Warta Per­dana memberitahu mahkamah beliau men­dengar intipati soalan Haslinda ketika mene­mu ramah Fazura melalui telefon.

Menjawab persoalan Shaari, Zuraidah membe­ritahu, Haslinda menelefon Fazura di hadapannya di dalam bilik pengarang.

Ketika disoal balas oleh Fakhrul berlaku kekecohan bila Zuraidah tidak dapat me­nyatakan secara jelas sama ada dia me­lihat Haslinda menulis perbualan itu sema­sa Haslinda sedang telefon atau selepas perbualan.

Fakhrul: Apakah kamu nampak Has­linda buat selepas perbualan itu se­lesai?

Zuraidah: Saya nampak dia mere­kodkan perbualannya dalam buku tu­gasan.

Fakhrul: Adakah kamu mereka-re­ka cerita dan memfitnahkan Fazura?

Zuraidah: Tidak se­kali. Saya menghormati Fa­zura seorang yang berba­kat dan berkebolehan.

Terdahulu Fazura berse­tuju dengan peguam Defen­dan, Shaari bahawa tajuk hadapan Mingguan Warta Perdana ‘Fazura Rela Dipen­jara’ adalah dibuat sebagai ‘Wow Factor’.

Shaari: Apakah kamu bersetuju tajuk ‘Fazura Rela Dipenjara’ adalah ‘Wow Factor’?

Fazura: Ya.

Ketika ditanya adakah beliau mengambil apa-apa langkah seperti membuat sidang media atau laporan polis mengenai tulisan yang dikatakan memfit­nahnya, Fazura berkata tidak. Sak­si plaintif, Mohd Hanapiah Ab­dul Majid juga memberikan jawa­pan yang sama ketika disoal siasat oleh Shaari.

Shaari: Apakah yang kamu dengar perbualan Fazura dan Haslinda?

Hanapiah: Saya hanya men­dengar plaintif banyak kali berkata ‘No Komen’ dan yang terjadi dia reda ke­rana kes itu sedang berjalan di mahkamah.

Shaari: Itu saja yang kamu dengar ‘no ko­men’?

Ketika menggulung hujah, Fakhrul yang dibantu oleh pembantunya mengemu­kakan kes-kes terdahulu. Mahkamah yang membenarkan tuntutan fitnah melibatkan orang kenamaan. Beliau mendakwa anak guamnya telah difitnah dan patut diberikan pampasan. Fakhrul juga berhujah me­ngenai definisi rela dan reda.

Terdahulu, Hakim Datuk Balia bertanya apakah kreteria yang digunakan dalam menentukan jum­lah tuntutan RM500,000.

Sebelum memulakan sesi petang pada hari ke­dua, hakim telah meminta pan­dangan dari peguam kedua belah pihak me­ngenai istilah ‘rela’ dan ‘reda’.

Dalam penghakimannya selepas itu, hakim mem­beritahu mahkamah bahawa beliau telah meneliti kamus Dewan Bahasa dan Pustaka me­ngenai difinisi rela dan reda.

Sebelum itu, Hakim Datuk Balia me­ngingatkan media supaya tidak meme­tingkan keuntungan semata-mata. Akhbar katanya, boleh menulis apa saja tapi mestilah disertakan fakta dan bukti yang jelas. Beliau juga berpen­dapat tajuk ‘Fazura Rela Dipenjara’ sebe­nar­nya meng­gambarkan plaintif, Fazura adalah seorang tabah, yakin diri dan be­rani menghadapi kemung­kinan.

Beliau kemudiannya menolak per­mo­­honan plain­tif dengan kos.

Peguam Shaari kemudiannya me­minta tangguh 10 minit setelah ma­hka­mah meminta menyatakan jumlah kos yang dituntut.

Shaari kemudian berbincang de­ngan anak guamnya untuk menen­tukan jumlah kos yang di­pu­tuskan. Kedua-dua peguam plaintif dan de­fendan kemudiannya masuk ke kamar me­maklumkan kepada Hakim Datuk Balia Yusof Wahi jumlah kos dan telah dipersetuju oleh hakim.

STATUS KES SAMAN FAZURA TERHADAP MINGGUAN WARTA PERDANA

Fazura Gagal Kemuka Bukti

Fazura Gagal Kemuka Bukti

ARTICLE  :

1. Sumber : ArtisMelayu.net : Fazura saman Mingguan Perdana, Dakwa hilang lebih RM1 Juta

2.Sumber : my-sensasi.blogspot.com : Fazura Saman Mingguan Perdana RM 500 K

3. Sumber : sinarharian.com.my :Saman Fitnah Fazura Ditolak

4. Sumber : mstar.com.my :Fazura Gagal Tuntut Ganti Rugi

5. Sumber : kosmo.com.my : Fazura Kalah Saman RM 500,000

6. Sumber : bernama.com : Fazura Gagal Dalam Tuntutan Saman Fitnah

7. Sumber : utusan.com.my : Mahkamah Tolak Saman Fazura

8. Sumber : hmetro.com.my : Hilang Kontrak Lumayan

9. Sumber : hmetro.com.my : Fazura Gagal Tuntut Saman Fitnah

10 . Sumber :  nurfazura.wordpress.com : Mingguan Perdana Nafi Malukan Fazura



Tags: , , ,

7 Responses to “KES SAMAN FAZURA TERHADAP MINGGUAN WARTA PERDANA”

  1. ida says:

    alhamdulillah akhirnya berjaya dengan kes saman fazura.terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah banyak memberikan kerjasama.

  2. cikseri says:

    hmm..tak habis2 lagi…is this the new way to get easy money for malaysian artis..?? byk beno dah kes saman menyaman skrg ni… btw, to fazura, tanpa wartawan, siapalah u…

  3. sabri says:

    terbaca pasal kes saman ni.kenpa artis sekarag suka saman menyaman ya. kdg kala citer yg kuar tu takde apapun tapi tersalah anggap je… lagipun mungkin dia termalu dengan kesnya yg terdahulu.

  4. zaida salida says:

    saya salah seorang yang mengikuti ke saman fazura ini. terdetik dihati bila terbaca komentar yang dipaparkan di akhbar-akhbar harian kita. seakan-akan pihak perdana tidak melawn dlm kes ini. paparan berita seolah berat sebelah. yalah fazura seorang artis yang tidak boleh disangkal akan kepopularitinya tetapi sebagai seorang yang mengikuti perbicaraan ini saya terpanggil untuk menyatakan pendapat saya di sini. bukan niat ingin mendapatkan publisiti jauh sekali nak mendapatkan perhatian tetapi apa yang penting bagi saya biarlah apa yg dipaparkan itu yg benar dan ikhlas bukannya berpihak hanya kepada sebelah pihak. mengapa tidak ada langsung yg cuba bertanya tindakbalas dari perdana ekoran kes tersebut????alhamdulillah hati saya agak lega bila ada terpapar dalam beberapa paper berukuran kecik yg memaparkan berita tidak hanya memandang kepada sebelah pihak…. begitu juga dengan paparan dari sebuah paper dalam b. inggeris yg lebih bijak menyampaikan berita yg tulus dan benar. tak perlu bercerita jika tidak tahu hujung pangkalnya… berfikiranlah secara positif dan jangan menutup mata… bukakan minda dan terimalah apa yg titakdirkan oleh Allah S.W.T dengan apa yg berlaku ini. semoga maruah perdana dapat dibersihakan dan juga kepada Fazura semoga sukses selalu dan lebih bersikap rasional dalam setiap tindakan.

  5. eita says:

    Apa yg saya tahu,perkataan”RELA&REDHA”bagi saya 2 maksud yang berbeza,”RELA”bermaksud,dia memang tak kisah jika dipenjaraka”REDHA” pulak bermaksud jika di takdirkan/tentukan begitu oleh ALLAH S.W.T,dia redha/pasrah,itu pendapat saya,oleh itu penggunaan perkataan “RELA”tidak sesuai di gunakan,ia boleh mengaibkan seseorang itu,ia perlu ditukarkan kepada “REDHA”barulah bersesuaian fikir fikirkanlah….

  6. admin says:

    salam

    setiap yang berlaku adalah takdir ALLAH S.W.T. Tidak bergerak satu zarah sekiranya tidak diizinkan oleh ALLAH S.W.T.

  7. taiko 2a says:

    Skrg ni takut tgk berita…Saman main juta juta,billion billion jer. Antara yg menang dan yg kalah tak tau lah saper yg kaya!!!

Leave a Reply